Wednesday, 29 September 2010

Eidul-Fitri 1431H/ 2010

dalam perjalanan pg embassy

Harap masih blum terlambat utk mengucapkan selamat Hari Raya Aidil-Fitri maaf zahir dan batin. Wlaupun skg sda pn  20 Syawal di Malaysia dan 21 Syawal di Moscow. Yup, kami d sini beraya sehari awal berbanding Malaysia.Makanya kami tidak berpeluang mendengar dua khutbah sehari seperti mereka yg meraikan hari raya di Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat.

Tahun ini feeling raya lebih terasa berbanding tahun lepas sebab kali ini kami mendapat cuti secara rasmi drp Dekanat, tak seperti tahun sebelumnya terpaksa berkejar pergi ke kelas selepas menunaikan solat sunat Aidill-fitri di Kedutaan Besar Malaysia Moscow.

Seawal pukul 7 pagi aku dan kawan bersiap utk pergi ke embassy.Bersiap memakai baju raya tahun ini yang warnanya sangatla menarik perhatian, sehinggakan rasa malu pun ada bila memakainya, apa boleh buat inilah warna pilihan batch kami utk tahun ini. Seperti yang aku jangkakan pasti kami akan  menjadi perhatian bila masuk metro nanti, pasti orang Russia ni lihat kami ni macam badut saja, tak pernah 2 dorang tengok lelaki memakai skirt sekali dengan baju dan seluar yang sgt cerah warnanya. Apapun aku buat  tak tahu sahaja,walaupun mmg kedengaran bunyi ketawa sekali-sekala bila berselisih dgn org Russia ni.

Alhamdulillah selamat juga sampai embassy, baru rasa tidak janggal bila melihat ramai lagi badut2 seperti kami di sana..haha.Syukurla tahun ni sempat takbir dan solat raya.Tahun lepas ,sampai2 saja orang da beratur untuk makan. Kali ni agak puas juga sbb dpt makan sehingga hampir kenyang..tak kenyang lagi la juga. Nasi minyak, satey ayam dgn nasi himpit dan kuih-muih jadi santapan aku. Sayangnya terlepas nasi beriyani kambing sbb da habis.

Habis makan, sesi  seterusnya ialah bergambar. Tahun ini terakhir meraikan Aidi-Fitri di Moscow sbb next year insyaAllah smpt nak raya kat Malaysia . Sbb tu kebanyakan batch memilih untuk memakai baju warna yang sama agar dapat jadi kenangan nanti.

p/s: sedih gak raya taun ni sbb puasa kat msia tp kena raya kat moscow plak.





batch 5th year 2010/11