Friday, 7 January 2011

Rakaat ke berapa dah ???

Assalamualaikum...

Pernah tak korang ketika tengah solat , terlalai seketika memikirkan hal duniawi dan bila korang dah sedar dah tak pasti korang dah buat berapa rakaat dlm solat tu ?

Kalau aku sendiri mmg pernah la, bahkan boleh kata selalu la jugak. Was-was dlm solat adalah disebabkan oleh bisikan syaitan yg cuba menghilangkan kekhusyukan kita dalam beribadah kepada Allah SWT .

Mudah sahaja syaitan ni nak melalaikan kita ketika solat, kecuali orang yg betul2 khusyuk. Contohnya ketika sebelum solat tu kita tengah mencari barang kita yg mungkin tersalah letak , kita dah puas berfikir di mana letaknya barang tu tapi tak jumpa juga. Tapi masa kita tengah solat, tiba-tiba boleh teringat la pulak rupanya benda tu tertinggal kat dalam tandas contohnya. Tak kah pelik tu, masa solat baru teringat? Itulah kerja syaitan. Dan hasilnya kita was-was tentang bilangan rakaat yg telah kita buat.

sekadar gambar hiasan sahaja.
Aku cerita pasal hal ni, sebab masa solat isyak berjemaah tadi hal ni berlaku. Imam kitorang terlajak sampai 5 rakaat. Aku pun sebenarnya bila dah bagi salam baru perasaan. Selepas beri salam baru kami semua berbincang tentang permasalahan ini. Ada hikmahnya kejadian ini, kami dapat menambahkan ilmu fiqh solat.

Jadi apa yang perlu kita buat kalau dah was-was bilangan rakaat dalam solat?

utk lebih jelas ikut link ini ---->    ragu-ragu bilangan rakaat

Kesimpulannya kalau boleh , cubalah untuk khusyuk dalam solat, jangan solat tergesa-gesa, elakkan berfikir mengenail hal duniawi sebelum solat. Dan kalau sudah was-was , buatlah sujud sahwi sebelum beri salam supaya sia-sia usaha syaitan utk melalaikan kita. Wallahualam....

No comments: