Masa aku tengah tulis entry ni, kat luar tengah snowing dan semuanya kembali diselaputi lapisan putih salji itu.
Satu lagi tanda kekuasaan Allah SWT yg ditunjukkan dan menyentuh hati ini. Bukan apa, sebenarnya dah seminggu lebih cuaca menunjukkan yang musim bunga sudah bermula .Mentari sudah mula memancarkan sinarannya, sehinggakan suhu pun dah naik mencecah 13 *C , dan 2-3 hari ni yg turun membasahi bumi adalah titisan hujan bukannya empingan salji. Dan ketika kami sudah bergembira menyambut kedatangan musim bunga ,hari ini Allah SWT menunjukkan yang Dia Maha Berkuasa .Sebelum tidur semalam , apa yang aku lihat adalah jalan -jalan yg dibasahi air hujan ,dan pagi ini apabila aku menjengah ke luar tingkap yang kelihatan adalah lapisan putih yg memenuhi permukaan bumi,, pokok-pokok pun yg aku sangkakan akan mula mengeluarkan pucuk mudanya kini kembali di bebani dgn lapisan putih itu, pemandangan yang tak ubah seperti 2-3 bulan lepas ,pemandangan yang hanya sepadan untuk dipanggil musim sejuk(winter). Sangat pelik bukan hanya bagi kami sebagai orang asing(foreigner) di Moscow ini, tapi pastinya pelik juga bagi orang Moscow sendiri kerana sememangnya tidak pernah lagi mereka menghadapi musim sejuk sebegini panjang
winter in Moscow |
Alhamdulillah aku da habiskan satu lagi cycle untuk semester ini (cycle infectious dan Orthopedic). Dan sekarang baru bermula cycle Therapy. Cycle ni mmg sangat dinantikan oleh budak-budak 5th year, sbb merupakan cycle paling relax. Sehinggakan ada yg da merancang utk pegi bercuti time ni. Aku sendiri ada plan, tapi tengok dlula camna nnt.
Masa cycle infectious aritu, dpt tgok beberapa orang pesakit AIDS. Baru aku nampak gambaran yang sebenarnya tentang penyakit yg disebabkan oleh HIV infection ni. Kalau dlu sebut jak ttg pesakit AIDS , yg tergmbr dlm fikiran adalah org yg kurus kering , penagih dadah,dan byk bintik2 kat badan. Tapi skg aku da jelas yg tidak semua pesakit seperti itu. Aritu ada nmpk pesakit perempuan dlm awal 30-an yg positive HIV ni. Kalo tengok dari luaran mmg x suspect langsung AIDS. Dia ni complaint selalu penat, byk allergic reeaction smp selalu tak cukup nafas ( SOB). Dia siap pegi wat medical examination kat clinic, tapi x jumpa reason dia. Cuma bila smp kat hospital infectious detected darah dia positive HIV. Selain dia mmg ada pt lelaki yg kurus smp nmpk bentuk tulag pinggul ( pelvic bone).
Cycle infectious and ortho mmg sgt meletihkan. Kena berasak lg kat metro, tak cukup kat metro nak naik bas pun kena tolak menolak plak ngan makcik2 and nenek 2 russia ni..aduhh.
Okla dlu smp ni...
No comments:
Post a Comment