Tiga hari sahaja lagi sebelum aku akan balik ke Malaysia untuk summer break. Syukur juga officially aku da habiskan 5th year course dan bila semester baru bermula September nnt aku akan menjadi final year student kat Moscow State Medical Unversity (MSMU ) ni.
Perasaan bila nak balik Malaysia mmg sgt menyeronokkan , bila terbayang aku akan bertemu semula dgn keluarga, dapat menikmati makanan Msia, berjumpa kawan2, pergi bercuti, tak perlu mendengar dan menggunakan bahasa Russia ni.
Sebelum balik ,kenalah plan apa benda yg kena bawa balik sekali. Souvenirs kenalah beli, nnt boleh bagi kat family dan kawan2. Aku da beli souvenirs ni kat Partizan ngan mamat yg pandai cakap melayu ni.
Nak cerita mamat ni asal negara tan-tan tp x tau tan yg mana myb Kazakstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgystan ke...tp yg pasti bukan Pakistan la. Aku tanya dia dr mana dia belajar bahasa melayu. Dia jawab dia cuma belajar dari tourists dan customer yg dia jumpa. Respect la mamat ni, selain bahasa melayu, english dia pun mantap. Sbb tu peluang dia utk dpt customer lebih byk dari penjual souvenir Russia lain yg ada kat situ.
antara souvenirs yg pnh aku bawa blik (nesting doll/matroshka-russian handcraft) |
Selain souvenirs, kena pikir jgk benda2 lain yg kena bawa blk Msia skali. Antaranya electronic devices with the charges. All the documents and tickets have to be checked. Pakaian yg nak bawa balik pun kena plan. Disebabkan ini last summer break aku, jadi time ni la nak bawa semua barang yg x pki dan nak simpan kat Msia supaya bila grad tahun depan iAllah, xda byk sgt barang nak bawa blik.
Kat Msia plak nnt aku da ada beberapa plan yg nak buat. Jumpa kengkawan kat KL dan kat Tawau nnt. Bercuti bsama keluarga ke Semporna iAllah. Pastu , aku kena wat praktikal jgk kat Hospital Tawau. Alhamdulillah tahun ni sempat beraya ngan family selepas 5 tahun beb...mudah-mudahan panjang umurla iAllah. Nak join trip raya ngan kwan2 SMSLD ...yeah.
Rasa makin x sabar plak nak blik Msia bila tulis entry ni...haha
x pa 3 hari lagi....
Selamat tinggal Moscow |
Going home |
KLIA just wait my arrival there |
bakso goreng..also wait for me |
you too gado-gado... |
Tawau...I miss you |
No comments:
Post a Comment