Tuesday, 21 April 2009

semua orang boleh menerima,tapi hanya sedikit sanggup MEMBERI

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah ar-Rahman ar-Rahim


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
(al-Bukhari)

Daripada petikan hadis Rasulullah S.A.W di atas, telah di jelaskan bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Pernyataan ini bukan sahaja sesuai diertikan untuk merujuk kepada harta benda mahupun wang pulus semata-mata ,tetapi juga sesuai merujuk kepada :
  • perkongsian ilmu jika seseorang itu seorang ilmuwan
  • boleh juga kasih sayang yang diberi kepada anak-anak yatim atau lain yang memerlukan
  • teguran,nasihat atau bimbingan ke arah kebaikan
  • begitu juga dengan sumbangan tenaga bagi yang berbadan sihat dan kuat lagi perkasa.
Mungkin ada lagi bentuk-bentuk sumbangan lain yang membolehkan kita menjadi seorang yang menghulurkan tangan dan bukan yang meminta-minta. DAri sini kita boleh lihat betapa Allah dengan sifat-Nya yang Maha Adil terhadap hamba-hambanya memberikan peluang dan ruang yang sama bagi mengejar pahala amalan kebaikan. Walaupun mungkin ada yang apabila melihat hadis tadi timbul dalam hatinya dari bisikan syaitan ;

"kalaulah aku kaya tentulah aku boleh memberi, tapi aku ini hanya kais pagi makan pagi kais petang begitulah juga. nampak gayanya islam ini hanya untuk orang yang senang"

Tapi hakikatnya islam bukanlah sedemikian , walaupun tiada harta ,setiap yang bergelar muslim itu masih mempunyai banyak lagi aset-aset lain yang boleh dihulurkanya untuk meraih balasan pahala Allah .Seperti disebutkan dalam hadis lain;

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”


Riwayat Ahmad



Oleh itu ,tiada istilah tidak mampu untuk memberi dalam islam.Allah telah menciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Ada yang Allah kurniakan dengan harta yang banyak, ada yang Allah kuniakan dengan kebijaksaan ilmu pengetahuan, ada yang Allah kurniakan dengan badan yang kuat dan berbagai lagi kelebihan yang mungkin orang lain tiada.Cuma terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu memanfaatkan kurniaan yang telah diberikan dengan memberi atau terlibat dalam usaha amar ma'ruf nahi mungkar ataupun dia mahu sekadar menjadi seorang yang hanya menerima kebaikan orang lain,hanya mahu melihat perkembangan islam dari jauh tanpa melibatkan diri.

Maka, saya ingin menyeru diri saya sendiri dan saudara seislam sekalian ,
Ayuh bangkitlah dari lenamu, bangkitlah dari lalai jagamu ,
Kita guna semua nikmat kurniaan Allah untuk menegakkan semula kegemilangan dan kemegahan islam di dunia milik-Nya ini,
Bangkitlah dan jadilah tangan yang memberi !!!

No comments: