Sesungguhnya kita dicipta oleh Allah SWT dan kepada-Nya lah kita akan di kembalikan.
Setiap yang Hidup itu pasti akan MATI kecuali Allah SWt yang Maha Kekal.
Hari ni dpt berita yg agak menyedihkan ttg seorang dari housemate aku. Dia dpt pggilan dr ibunya yang mengatakan bahawa Ayahnya sdh meninggal dunia akibat sesak nafas. Berita ni agak mengejutkan buat kwn aku ni sbb ayahnya sblumni shat jak, cuma ada diabetes jadi x expect la boleh tiba2 meninggal sbb sesak nafas.
Aku dpt brita ni bila jmp kawan kat tgkt 3 bila nak beli pau dia, sblum pg bilik kawan aku ni , housemate aku ni ada jak kat bilik, aku tgur la dia cam biasa sbb x nmpk pn reaksi wajah dia sedih. Teringat plak aku time dpt brita ttg kematian arwah ayah aku 3 tahun lepas, masa tu Alhamdulillah aku dah mmg kat rumah sbb cuti summer 1st year. Dpt jak brita tu, mula2 aku pn tkejut jgk x percaya sbb cam baru jak jmp arwah b4 fly blik Tawau, arwah jgk yg antar pg airport. Tapi bila da mmg di confirmkan ayah meninggal akibat kemalangan jalan raya, aku mmg x dpt than air mata jantan aku ni. Aku mnangis xda la cam pompuan menangis teresak2 smbl bteriak, cuma air mata jak yg mmg x dpt tahan dari mengalir itupn aku ambik bantal dan tutup muka aku smbil baring atas katil kat dlm bilik. Tiba2 semua kenangan dgn arwah bermain kat kepala, mmg x dpt tahan la kesedihan time tu.
Aku bersyukur sbb aku mmg da ada dkt rumah time tu dapt juga smbahygkan jenazah arwah. Cuma lambt ckit sbb nak tggu mayat arwah di terbgkan dr Selangor (eksiden kat sana). Dapat juga tenangkan ahli keluarga lain, terutamanya mak aku yg agak terkejut dan lemah sgt time tu.
Ujian yg housemate aku dpt ni lg berat dr aku tp dia nampak tenang jak, tapi x tau la mgkn dia pndam kat dalam hati kot. Kalau ikutkn mmg dia nak fly blik Malaysia dah, da siap kuarkan duit dri ATM lg, tp sbb visa dia dah nak expired dan skg pn musim perayaan jd tiket kalo nak beli skg lbih RM 4000 dan kalo blik malam ni pn masih x smpt nak smbhygkan jenazah sbb family dia nak solat dan kuburkan lepas solat Jumaat ,tp dia pling cpat pn smpi Jumaat malam tu. Jadi, dia x jadi nak blik. Paling last dia jmp ayah dia cuti summer Ogos 2009 sbb cuti summer tahun ni dia x blik Msia. Jadi , tadi lpas solat isyak berjemaah kami adakan bacaan Yassin utk arwah.
Salam takziah buat housemate ku, Syafiq. Moga ko tabah menghadapi ujian ini. Ingatlah Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka. Banyakkan berdoa untuk arwah sbb doa anak yang soleh adalah antara kebaikan yg tidak akan putus walaupun sesudah mati.
Peringatan juga untuk semua bahawa MATI ITU DEKAT dengan kita,
jadi marilah sama2 jadi org yg bijak dgn menyiapkan diri utk bekalan akhirat nnt......wallahualam.
No comments:
Post a Comment