Saturday, 21 May 2011

Bila Nikmat itu dan ini di Tarik

Bismillah....

Kata orang "manusia jarang bersyukur dengan apa yang mereka ada sehinggalah nikmat itu ditarik dari diri mereka"

Memang begitula biasanya ragam manusia, benda yg biasanya dianggap tidak bererti boleh dengan tiba-tiba menjadi sesuatu yg boleh menyebabkan hidup terasa tidak seperti biasa apabila benda tersebut hilang atau ditarik dari diri mereka. Bila dah terjadi ,barula timbul penyesalan kerana tidak tahu menghargai benda tersebut sebelum ini.

Begitula juga yg aku rasakan dalam seminggu ini bila ada dua benda atau nikmat yang telah ditarik dari diriku.Ini yg aku perasan la, mugkn ada juga nikmat lain yg telah ditarik namun aku tak sedar lagi sebab ia tidak effect hidup ku seperti mana dua nikmat ini.

Nikmat yg pertama yg ditarik ialah air panas. Bekalan air panas kat hostel telah dihentikan atas tujuan maintenance atau baik pulih paip dia. Kalau ikutkan notis board , ia akan berlangsungan dari         11.5.11- 25.5.11. Disebabkan air panas xda, kami terpaksa menggunakan air sejuk utk buat rutin yg menggunakan air ni. Bayangkan terpaksa mandi menggunakan air yg sejuknya ibarat air yg baru  dikuarkan dari fridge , memang boleh  kena selsema lah lepas tu. Tapi Alhamdulillah walaupun notis mention sampai 25.5.11 tapi 20.5.11 bekalan air panas dah disambung semula.

Benda kedua yg ditarik pulak adalah CPU aku. Kalau ikut sejarah memang aku ni ada rekod buruk dengan benda2 electronic ni. sebelumni dah dua laptop tersadai kat rumah sebab motherboard dah KO. Iphone plak dah tak boleh connect wifi. 18.5.11 aritu balik dari kelas sempat la main komputer. Tapi tiba-tiba lepas 20 min black screen plak. Esoknya pegi kedai tempat aku beli komputer tu tahun lepas untuk dapatkan warranty service. dah penat2 bawak CPU tu jauh2, last2 dpt tau yg company tu da bankrupt . Maka terpaksalah hantar kat kedai lain utk repair dan hanguslah duit 4100 ruble utk hari tu.

saja letak gambar

walaupun

cam xda kaitan
Jadi pengajarannya , kita kenalah sentiasa bersyukur atas nikmat2 yg byk Allah telah kurniakn pada kita dan gunakanlah dengan sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Wallahualam...

No comments: